7. MAHU TERBIT, CETAK, DAN EDAR BUKU DI MALAYSIA?

KAMI TERBITKAN DAN CETAK BUKU ANDA DI MALAYSIA SERTA KAMI PASARKAN KEPADA 30 JUTA RAKYAT MALAYSIA

Program Penerbitan dan Pemasaran Buku di Malaysia:

Penerbitan buku akan dilakukan oleh Esastera Enterprise (ESE). Tujuan utama ESE menerbitkan buku adalah untuk membantu mempromosi nama dan karya penulis kepada khalayak. Walau apapun, ESE tetap mematuhi hal-hal berkaitan kewangan, seperti yang dinyatakan di bawah ini.

PELAN PERCETAKAN

Ada dua pelan yang ditawarkan oleh Esastera Enterprise, Pelan A dan Pelan B, seperti yang berikut:

PELAN A: ESASTERA ENTERPRISE (ESE) TANGGUNG KOS PENERBITAN

  1. Hak menerbit semula dipegang oleh ESE untuk tiga (3) tahun.
  2. Penulis dibayar royalti 10 % atas buku yang terjual.
  3. Sebanyak 20 naskhah ditolak daripada bilangan naskhah yang layak menerima royalti untuk tujuan pengurusan dan promosi.
  4. Jika bilangan penulis melebihi lima orang, tiada royalti akan dibayar.
  5. Penyelenggara tidak akan dibayar royalti sebaliknya dibayar honorarium sekali sahaja, termasuk bayaran menyediakan Kata Pengantar untuk buku yang berkenaan.
  6. Naskhah buku yang telah dicetak lebih daripada LIMA (5) tahun tidak akan dibayar royalti lagi. (Biasanya akan dilelong, diedar percuma, atau dimusnahkan oleh penerbit).
  7. Pada amnya, royalti untuk penulis mula dikira hanya untuk jumlah jualan yang melebihi kos penerbitan.
  8. Buku yang dicetak untuk CSR (diedar percuma) tidak akan dibayar royalti.
  9. Penulis akan diberi naskhah percuma sebanyak lima (5) naskhah. Jika penulis mahu lebih daripada itu, penulis boleh membeli bukunya dari ESE dengan diskaun 30 peratus tetapi buku yang dijual kepada penulis sendiri tidak akan dibayar royalti oleh ESE.
  10. Pada amnya, pembahagian pendapatan dari penjualan setiap naskhah buku adalah seperti yang berikut:
    Pengedar: 40-60%
    Penerbit: 30-50%
    Penulis: 7-10%

PELAN B: PENULIS TANGGUNG KOS PENERBITAN

  1. ESE urus pernerbitan tetapi segala kos yang terlibat, termasuk kos taipset dan percetakan, ditanggung oleh penulis sendiri.
  2. Hak cipta buku ialah milik penulis, dengan ESE bertindak sebagai penerbit semata-mata.
  3. Penulis akan menerima daripada ESE semua buku yang dicetak untuk dijual oleh penulis sendiri, kecuali 20 naskhah yang diperlukan oleh ESE untuk pengurusan dan promosi.
  4. Naskhah buku yang diserahkan oleh penulis kepada ESE untuk dijual oleh ESE, pihak ESE akan mengambil komisen 30 peratus daripada pendapatan jualan.
  5. ESE akan membantu dalam mempromosi buku itu melalui mekanisme sedia ada di syarikat.

PENERBIT: 

Esastera Enterprise.
96 Jalan 7/71B, Pinggir Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

BERMINAT?

Sila hubungi: Dr. Irwan Abu Bakar (Messenger Irwan Abu Bakar atau WhatsApp +60192680086).

 CONTOH

Contoh buku terbitan Esastera Enterprise. Novel Meja 17 oleh Irwan Abu Bakar (2018). Boleh didapati di portal E-SASTERA BUKU. Lihat lagi buku ini: Klik SINI .

SENARAI buku yang telah diterbitkan oleh Esastera Enterprise sejak 2004

Klik SINI .

TARIKH:

Bertarikh: 5.05.2019 @ 9:18 AM.

Dikemaskinikan pada: 27.05.2019 @ 3:25 AM.

TAMAT.

%d bloggers like this: