BUKU UNTUK DIJUAL

BIODATA

Rahman Shaari diberi nama Rohman Shaary oleh bapanya dan diubah pada tahun 1967 atas sebab tertentu. Pendidikan awalnya di Perlis, dan peringkat menengahnya di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur, 1965-1968. Pada tahun 1970, Rahman Shaari berkursus di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, dan pada tahun 1972 beliau keluar mengajar di sebuah sekolah kebangsan di Pahang (sebulan sahaja), kemudian bertukar ke sebuah sekolah di Kedah. Pada tahun 1973, beliau memasuki UKM, berkursus di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Setelah lulus, beliau kembali menjadi guru, dan kemudian bertugas di Pusat Perkembangan Kurikulum pada tahun 1980-1982. Rahman Shaari bertukar ke UKM, bertugas sebagai tutor, dan mengambil Ijazah Sarjana Persuratan pada tahun 1986. Pada atahun 1988, beliau menjadi pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, dan pada tahun 1993, dilantik ke jawatan Profesor Madya. Seterusnya, pada tahun 2003, Rahman Shaari dilantik menjadi Profesor, dan kemudain (2004) sebagi Ketua di Jabatan Pengajian Media di UM. Beliau terpilih mengikuti program penulisan Antarabangsa, di Universiti Iowa, Amerika Syarikat dalam tahun 1991.

PENCAPAIAN. Antara anugerah utamanya ialah: (a) S.E.A. Write Award, 2007, (b) dianugerah bintang SSP oleh kerajaan Perlis, 2009, dan (c) menerima anugerah bintang DPSJ (Dato’ Panglima Sirajuddin Jamalullail), 2013. Dalam bidang penulisan, Rahman Shaari memenangi Sayembara Penulisan Esei Sastera anjuran Maktab-maktab Perguruan Malaysia 197i, diikuti Sayembara Penulisan puisi anjuran Universiti Kebangsaan 1973. Kemudian memenangi Hadiah Sastera Malaysia dan Hadiah Sastera Perdana dalam bidang puisi pada tahun 1976, 1982, 1986, dan 2003. Pada tahun 2014, beliau memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan dalam bidang Rencana Sastera.

PENERBITAN. Bidang penulisan utama Rahman Shaari ialah puisi, namun beliau juga menghasilkan novel, cerpen, kritikan sastera, analisis bahasa, dan skrip drama. Karya terbaharunya ialah kumpulan cerpen Tersimpan Begitu Lama (Kuala Lumpur: ITBM, 2018).

TAMAT.