Irwan Abu Bakar. E-Sastera: Teori & Aplikasi. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Esastera Enterpise, 2017.

Anugerah Sastera Johor (2019)

PENCAPAIAN. Buku ini telah memenangi Anugerah Sastera Johor (2019) dalam kategori Buku Sastera.

KANDUNGAN. Membincangkan perkembangan semasa di dunia penyiaran karya sastera di alam maya serta dorongannya ke arah kerjasama sastera antara negara di alam nyata.

HARGA. Semenanjung Malaysia: RM50. Poslaju: RM8.00. Sabah dan Sarawak: RM50. Poslaju: RM16.00.

LAPORAN PANEL PENILAI ANUGERAH SASTERA JOHOR 2019

Buku E-SASTERA: Teori & Aplikasi mengemukakan subjek tentang sastera siber secara praktis. Sebagai bentuk media alternatif, perbincangan meliputi perkembangan semasa penyiaran karya sastera secara atas talian (online) termasuk kegiatan mencipta karya melalui bentuk multimedia, interaktif dan fungsi media sosial. Kepentingan buku ini terletak pada keupayaannya menyampaikan maklumat baharu tentang dunia sastera berbahasa Melayu yang terdapat di alam maya. Inovasi portal elektronik, pelbagai aktiviti sastera dan keterampilan penulis yang menggunakan kaedah e-sastera dibincangkan sebagai satu kemajuan medium yang mengambil alih peranan sastera bercetak. Malahan buku ini juga membantu para penulis untuk menerapkan model-model penulisan pelbagai genre secara versi digital.

MAHU BELI?

Ikut langkah-langkah yang berikut:

1. Masukkan wang bayaran harga buku dan kos pos ke akaun bank ini:

eSastera Enterprise (CIMB No. Akaun: 8000667484); ATAU 
iSastera Enterprise (Maybank  No Akaun: 564801008889).

2. Hantar kepada eSastera Enterprise: (a) bukti pembayaran, (b) alamat pos pembeli, dan (c) butir-butir buku yang hendak dibeli. Sila gunakan:

(i) Teks/WhatsApp (+60192680086); ATAU

(ii) Messenger (Irwan Abu Bakar); ATAU

(ii) e-mel (eSastera@gmail.com); ATAU

(i) Borang Pembelian (Contact Form): Klik SINI .

TAMAT.